Monday, October 5, 2009

AWAS KEHADIRAN PULAU PINANG

Dalam kempen Piala Malaysia 2009 Kelantan berjaya menghampakan pasukan Pulau Pinang dengan jaringan 2 gol berbalas 1 di stadium Batu Kawan.Namun skuad The Red Warriors harus berhati-hati pertemuan dengan Pulau Pinang pada selasa ini, digelanggang sendiri.Apatah lagi kemenangan Pulau Pinang ke atas Kedah mampu menaikkan semangat pemain Pulau Pinang untuk menewaskan Kelantan pada perlawanan kedua nanti.Lantaran itu,pada pertemuan kali ini pasukan Kelantan harus berhati-hati dan jangan sesekali benarkan skuad Harimau Kumbang mencakar maruah Sang Kijang di tempat sendiri.
Harus diingat,Pasukan Pulau Pinang merupakan pasukan yang serius dalam usaha memantapkan pasukannya menghadapi saingan Piala Malaysia 2009.Jika dilihat sebelum bermulanya Piala Malaysia ,Pulau Pinang mengambil tindakan drastik dengan menggugurkan beberapa pemain yang gagal menunjukkan prestasi memberangsangkan termasuk kaptennya M.Prakash dan 6 enam orang pemain senior.Kemudian Pulau Pinang membawa masuk 6 tenaga muda , mereka adalah Mohd. Solehin Mohd. Rodzi berusia 20 tahun, R. Parameswaran (20), Syamil Masdhoki (19), Muhammad Daud Zo (20), Tan Wei Yeek (20) dan Mohd. Eimie Rohaizad Johari (18).
Hasilnya,mereka kini berada ditangga kedua dalam kumpulan E selepas Kelantan.Pulau Pinang hanya tewas sekali kepada Kelantan,seri dengan ATM dan menang keatas JUARA BERTAHAN Kedah di Alos Star.
Skuad Kelantan juga harus melihat prestasi semasa persiapan Pulau Pinang menghadapi kempen Piala Malaysia amat membanggakan apabila beberapa keputusan perlawanan persahabatan di lihat mengejutkan banyak pihak,apabila mereka menewaskan pasukan yang mempunyai nama cukup besar seperti Selangor dan K.M. Naza dan pada masa sama turut mencatatkan keputusan seri ketika menentang Perlis.

Rekod Keputusan Perlawanan Pulau Pinang Sebelum Sepak Mula Piala Malaysia 2009
Selangor 0-1 Pulau Pinang
Perlis 2-2 Pulau Pinang
Perlis 1-1 Pulau Pinang
Pulau Pinang 2-0 Kuala Muda NAZA


Tidak keterlaluan sekiranya,penulis mengatakan Pulau Pinang mampu mendapatkan keputusan seri atau menang ke atas Kelantan pada selasa ini di Kota Bharu.Penulis berharap ramalan ini tidak menjadi kenyataan dan jangan sesekali menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment