Thursday, June 25, 2009

Iman tidak sempurna jika guris hati ibu bapa

SILATURAHIM adalah satu sunnah yang tidak lagi diminati masyarakat hari ini.

Buktinya ada di mana-mana. Wujudnya kejengkelan terhadap silaturahim bermula daripada diri individu seterusnya melanda kepada institusi kekeluargaan.


Ada banyak kes pada hari ini menunjukkan silaturahim bsukanlah suatu ikatan yang diutamakan dalam diri setiap individu.

Antaranya, kes pembunuhan ibu atau bapa oleh anak-anak, suami membunuh isteri yang sedang menyusukan anak, isteri membunuh suami yang curang dan juga cucu membunuh nenek atau datuk.

Malah, yang paling menyayat hati seorang ibu sanggup menggugurkan anak yang dikandung dan jika lahir pun, bayi itu sanggup dibuang merata-rata laksana sampah yang tiada nilainya.

Hubungan kekeluargaan adalah satu usaha untuk membentuk masyarakat Islam yang berkualiti.

Dalam hubungan ini, kepentingan setiap individu terjamin apabila setiap anggotanya saling sayang menyayangi, melindungi dan ingat-mengingati.

Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nisa’, ayat 1, bermaksud: “Dan takutlah kepada Allah yang minta-meminta kamu dengan nama-Nya dan (takutlah akan memutuskan) silaturrahim. Sesungguhnya Allah mengawasi kamu.”

Ibu bapa mempunyai kedudukan mulia di mata Allah. Ibu bapa juga adalah orang yang paling hampir dengan kita dari aspek ikatan kekeluargaan dan pertalian darah.

Selayaknya ibu bapa menerima penghargaan yang maha besar dari Allah sebagai orang yang harus dihormati kerana jasa mereka sejak kita dalam kandungan sehingga dewasa.

Malah, sehingga kita mati pun, jasa dan pertalian darah antara kita dan ibu bapa tak akan pernah putus. Iman seseorang juga tidak sempurna jika mencalarkan kebeningan hati ibu bapa.

Begitu juga bila berbicara mengenai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang tidak dapat dibalas dengan apa jua perkara.

Pernah diceritakan pada zaman nabi mengenai jasa seorang ibu membesarkan anaknya.

Kisah ini berlaku ketika Abdullah Umar melakukan tawaf di Baitullah.

Ada seorang lelaki berasal dari Yaman memikul ibunya bertawaf dalam keadaan cuaca yang sangat panas. Peluh mengalir di wajahnya, dia amat keletihan.

Orang itu bertanya kepada Ibnu Umar: “Apakah menurutmu aku membayar jasa ibuku atas apa yang ia lakukan untukku selama ini?”

Ibnu Umar menjawab: “Demi Allah, tidak walaupun satu nafasnya.”

Selain ibu bapa, kita juga harus menjaga silaturahim sesama jiran. Jiran tetangga adalah kerabat paling hampir dengan keluarga kita.

Malah, hubungan rapat dan mesra yang terjalin kadangkala melebihi sanak-saudara yang mempunyai pertalian darah dengan kita.

Allah memerintahkan manusia supaya berlaku baik terhadap jiran tetangga, sama ada jiran tetangga yang dekat atau jauh.

Ini jelas sebagaimana firman-Nya dalam surah an-Nisaa’, ayat 36, bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan- Nya dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan dirinya.”

Tuesday, June 23, 2009

Hargailah Isteri Anda

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak....

Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak….

Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,

Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,

Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!

Kata nak pahala lebih…


Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?


Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi

Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.


Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan

terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua.
.

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses u ngguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.


"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Sunday, June 21, 2009

Ruang Hidupku

Dingin. Kaki tanganku terasa dingin. Barangkali udara di bawah paras beku. Terasa darah ku membeku. Tidak bergerak. Tanganku masih memegang sebuah buku yang tebal, di muka surat halaman, depannya jelas tertulis “Al- KITAB”, di lakar dalam bahasa malaysia, lengkap dengan tanda baca. Aku tunduk pilu bertandang lagi, menokok pilu yang ada. Ku serahkan seluruh nurani ku kepada tuhan.

Aku tidak membantah apabila di suruh beralih sedikit demi sedikit, semakin jauh dari jenazah emak. Mulanya akulah yang paling kanan. Begitu dekat..Begitu nekad. Tetapi siapalah aku untuk berada sedekat itu? Aku bukan manusia penting. Orang tidak memerlukan ku sama sekali. Ruang tadinya kosong, kini sudah dipenuhi oleh sekian ramai tamu. Yang datang dari dekat, dari jauh, sama ada jiran-jiran ataupun saudara mara. Adik beradik emak juga ada yang sudah tiba. Anak-anak emak semuanya sudah ada, iaitu kakak dan abangku. Antara mereka siapalah yang sudi menghiraukanku ! sedang aku pun cuba mengawal diri, tetap menjadi diriku sendiri, bukan bergantung kepada emosi.

Sesekali ku cuba memerhatikan manusia di sekeliling, ramai juga, berhimpit-himpit mungkin di sebabkan halaman rumah kami yang tidak terlalu besar dan di luar gerimis halus sudah lebat berjatuhan. Ada juga mata yang melirik kepadaku. Entah simpati.. entah menghina. Entah menambah luka di hati ini. Ah, apalah ada pada pemuda cacat, cuma menambah sakit mata memandang.. segaris rintihan menjalar dalam diriku. Biarlah suara rintihan ini hanya bergema di dalam, agar tidak kujadikan umpan untuk memancing belas kasihan orang. Tangan ku, sesekali meraba-raba hujung kaki kiri ku. Kaki yang pincang, tidak normal, bengkak sedikit dan tidak begitu kuat. Kalaulah aku berdiri, bahu kiriku kelihatan sedikit rendah. Kalaulah aku berjalan, melangkah kaki, jelas benarlah kepayahanku. Terhenjut-henjut dan sakit.

Sejak dulu, aku telah membiasakan diri berpaut pada dinding rumah atau apa-apa yang boleh mengurangkan kepayahanku. Memang kedaan tubuhku tidak stabil, di tambah pula aku sering mengalami demam panas, yang kerap dan berulang-ulang. Dan itulah berbelas tahun yang ku lalui sendirian. Pernah sekali, aku jatuh dan tidak sedarkan diri. Selepas itu, tangan kiriku pula lemah dan kebas. Kecacatan dan kekurangan itu mencampakkan diriku ke dalam keterasingan yang senyap dan gelap. Tidak ada cahaya. Tidak ada jalan keluar. Malah bertambah sunyi sejak bapa meninggal. Bapa, orang yang satu-satunya begitu rapat denganku. Begitu dekat denganku. Tetapi bapa sudah jauh dan tak kan lagi mengutip air mataku. Tak kan lagi berkongsi deritaku. Tak kan lagi menemani sendirianku.

Hanya bapa yang ada simpati itu. Kasih sayang. Perhatian itu dan segala-galanya. Hilang tongkat..hilang cermin..hilang payung yang selalu melindungi ku daripada panas dan hujan. Hilang kamar-kamar tempatku melepaskan mimpi. Aku terapung-apung kerana emak tidak mesra kepadaku. Semua kakak dan abangku tidak mesra kepadaku, tidak kasih kepadaku, tidak peduli siapa aku. Apabila bapa tiada, maka tiadalah sesiapa yang ambil berat tentang diriku. Emak tetap jauh. Kakak dan abang juga tetap jauh. Dan aku semakin jauh… Emak pernah meninggalkan aku sendirian di rumah, berhari-hari lamanya. Aku tidak tahu emak ke mana sebab tidak ada pesan, tidak ada ingatan untukku. Mungkin emak menziarahi ke rumah kakak

Aku sendiri terkatung-katung sepi. Aku jaga rumah , jaga ayam itik. Pengalaman membantu bapa mengutip kelapa sawit yang gugur memberiku kekuatan dan semangat untuk terus berani agar hidup tidak terus terbiar dalam kesedihan. Malah itu membuktikan aku mampu juga berbakti kepada emak. Apabila buah kelapa sawit sudah masak, aku memetiknya. Aku minta tolong Pak Musa panggilkan Sudin. Emak memang jual kelapa sawit kepada Sudin. Wangnya ku simpan. Apabila emak balik kuserahkan semunya. “Anak tak guna! Nyusahkan aku aje !”Emak pernah merungut begitu di depanku, apabila Pak Musa menegurnya kerana membiarkanku sendirian begitu lama. Aku tidak mahu simpan semua sumpahan dan caci maki itu. Biarlah ! Biarlah ia berlalu seperti air mengalir. Biarlah ia berlalu seperti angin bertiup, biarlah ia berlalu menjadi kenangan. “Jangan nak jadi bos dalam rumah ini! Kalau nak makan buat kerjalah!” tengking emak. Suaranya garau dan meninggi.

Aku masih terbongkok-bongkok di bilik air mencuci tandas. Waktu itu keluarga abang yang sulung balik kampung, riuh rendah rumah dengan jerit pekik anak-anaknya. Aku mesti kumpulkan kayu di dapur. Semua mata memandangku jijik setiap kali emak menengkingku. Malah abang juga semacam emak, bersikap kasar kepadaku dan itu mempengaruhi semua anak-anaknya. Mereka akan mengejek-ngejek dan mentertawakaku sepuas-puas hati. Demi tuhan, tidak pernah di buat sehina itu semasa bapa masih hidup. Apabila emak mula sakit-sakit, kemudian tidak berdaya untuk bergerak dan hanya baring di atas tikar bemban yang buruk. Ku jaga siang malam. Aku sentiasa disisnya. Aku betul-betul mengabdikan diri kepada emak. Aku basuh berak dan kencing emak. Aku bersihkan badan emak, lap dengan air suam, sekali sehari, kutukarkan pakaian emak. Kusuapkan bubur ke mulutnya. Tubuh emak sudah susut sekali. Emak tidak berdaya.

Lesu, lemah, layu. Matanya semakin jauh ke dalam, tidak berdaya. Bibirnya kering dan suaranya lemah dan sayu. Apabila Pak Musa beritahu abang dan kakakku. Mereka Cuma balik sehari dan selepas itu tinggalkan kami berdua di rumah. Tinggalkan aku menjaga emak yang sedang tenat. Masing-masing berasalan tidak mampu menjaga emak. Sibuk dengan kerja. Tidak boleh tinggalkan suami lama-lama dan abang tidak boleh tinggalkan isteri lama-lama. “Kalau aku tua besok, aku ikut anak-anakku….

Dia orang boleh jaga aku. Kau boleh tunggu rumah ini. Pandai-pandailah nak hidup!”Emak pernah mengeluarkan kata-kata itu kepadaku. Belum lama dulu. Hanya bebera bulan selepas bapa meninggal. Aku benar-benar rasa terasing. Aku dan emak tinggal di bawah satu bumbung tetapi dunia kami sendiri-sendiri. Aku simpan jauh-jauh semua kebencian emak kepadaku. Ku depani juga emak. Emak menangis. Menjerit-jerit dan merintih atas katil. Saban malam, hampir tiada lansung ketenangan dan keindahan mimpi. Kadang-kadang emak meronta-ronta dalam dinihari yang sejuk dan sunyi. Tangan emakku pegang kuat. Puas ku pujuk-pujuk biar emak tenang dan ingat tuhan. Emak diam sekejap, kemudian meronta dan menjerit lagi. Emak panggil bapa. Apabila suatu pagi, emak payah hendak bernafas, Pak Musa dan isterinya sudah menunggu di sisi, sehinggalah segalanya berakhir bagi emak, aku tetap mengasihinya.

Kesedihan hatiku tidak mampu ku lindungi lagi. Sayu tambah mengusikku kerana anak-anak emak yang lain, sekadar sembang-sembang di dapur. Lansung tidak menunjukkan rasa hormat kepada jenazah emak. Bukankah bapa selalu menegur dan menunjuk ajar yang terbaik sebagai manusia. Anak mesti hormatkan ibu bapa walaupun orang tuanya bersikap buruk. Kata bapa lagi, anak boleh menuruti apa sahaja kehendak orang tua selagi bukan kepada perkara maksiat. Lupakah abang dan kakak pesan bapa?. Sudah hilangkah penat lelah bapa mengajar?. Para jiran sudah beransur pulang. Saudara mara pun sudah pulang. Kulihat abang dan abang iparku sedang rancak berbual pasal bisnes dan kereta baru. Aku terasa letih dan mengantuk. Aku terus berjalan menuju bilik tidurku dan merebahkan diri di kamar sepiku. Tersentak seketika apabila ku dengar di bilik sebelah, maksudku, di bilik arwah bapa dan emak, suara abang dan kakakku berbicara. Apabila ku dengar betul-betul apa yang dibualkan… rupa-rupanya pasal geran tanah! Bunyi almari di buka dan di selongkor. Beg-beg di buka. Dan tidak lama kemudian bunyi orang berebutkan sesuatu dan tolak menolak antara satu sama lain.

Ya Tuhan! kenapa ini semua berlaku di hadapan mataku, di dalam hidupku. Siapakah berhak ke atas semua ini. Dan bilakah semua ini akan berakhir. Tiada siapa yang tahu apa kesudahan ini semua.


Pendek
Penjara Miri, Sarawak

CINTA PERTAMA

Benar sungguh kata orang-orang tua dahulu, kalau kita dalam dilema, rasanya seperti 'dimakan mati anak, dibuang mati bapa'. Diana tidak sangka akan berhadapan dengan keadaan yang sedemikian. Diana seorang gadis yang memiliki segalanya sebelum peristiwa itu berlaku. Dia dibesarkan dengan kemewahan dan kesenangan, mungkin kerana dia anak tunggal. Tidak dia sangka, begini jadinya.

Diana telah menamatkan pengajian di universiti sepuluh tahun yang lalu. Sekarang Yana(panggilan nama singkat) berkerja sebagai pereka fesyan kerana minatnya dalam bidang itu amat mendalam. Gaji Yana pula amat lumayan dan dia berasa puas dengan apa yang dia kecapi sendiri. Tetapi, hidupnya masih dalam kesunyian.

Salah seorang temannya memperkenalkannya kepada seornag jejaka yang tampan. Peria yang tampan itu bernama Alfi. Dia memiliki ciri-ciri lelaki yang semua gadis ingin memiliki dan Yana, salah satu daripada gadis yang memang ingin memiliki jejaka seperti Alfi. Setelah lama mereka berkenalan, bibit-bibit cinta mula berputik. Hubungan mereka bertambah mesra dan mereka bagaikan belangkas yang tidak dapat dipisahkan. Alfi akhirnya ingin bertemu dengan ibu-bapa Yana." Yana, I rasa kitani dah lama berkenalan. Kalau i tanya you, you sudi tak?" Alfi mulakan topik perbualan yang lebih bererti kaliini. Dengan memegang tangan Yana dan bertentang mata antara satu sama lain dia meneruskan perbualannya." Alfi tak mahu buang masa lagi. Alfi nak Yana jadi isteri Alfi. I dah berterus terang dengan you about my background tentang my atitute, my dream and my pass. Jadi Alfi rasa, Yana mesti dah tahu all about me and I rasa I pun dah kenal hati budimu. So please Yana!. Kalau you ada calon lain, tell me ealier."Alfi mengakhiri perbualanya tanpa dia sedari yang Yana terpaku diam dalam keadaan terkejut bercampur gembira. Berlinangan air mata Yana turun hingap ke pipinya. Begitulah sifat kewanitaan yang ada pada Yana. Cantik, lemah-lembut dan budi bahasa. Sifat-sifat itulah yang telah memikat hati Alfi."Yana amat terkejut dan bersyhukur kerana Alfi sudi menerima Yana sebagai teman hidupmu. Memang dah lama Yana ingin bertanya soal kita tapi Yana malu almaklumlah Yana tahu Alfi ramai teman gadis. Lagi pun baru 6 bulan kita berkenalan but I feel macam dah lama kita mengenali each other but when I sendiri dengar kata-kataini keluar dari mulutmu I feel happy and glad that I tak bertepuk sebelah tangan". Yana mula bersuara dengan nada yang lembut dan terisak-isak. Perbualan itu berakhir di situ kerana Alfi tak mahu Yana berterusan berlinanagan air mata.Sebelum mereka beredar Alfi dah buat temu janji dengan Yana ingin berkenalan dengan bakal ibu mertua dan bapa mertuanya. Yana
begitu gembira dan memberitahu mama dan papanya berkenaan Alfi. Mereka pun turut gembira dengan berita itu.

Kedatangan Alfi pada hari itu disambut dengan begitu mesra. Ibu dan bapa Yana begitu tertarik dengan keramahan Alfi serta sikap sopannya. Yana bersyukur kerana mereka dapat menerima Alfi dan segalanya berjalan dengan lancarnya. Setelah makan tengah hari mereka pun bersembang-sembang dan ibu-bapa Yana mula bertanya Alfi tentang keluarganya. Suasana mula terasa tegang apabila mereka mendapat tahu bahawa bapa Alfi rupanya Encik Riduan, seorang peniaga yang berjaya.

Selepas pertemuan Alfi dengan ibu bapa Yana, ayahnya selalu duduk termenung sementara ibu nya asyik berkurung dibiliknya. Yana tidak tahu apa yang terjadi. Yang dia tahu, ia pasti ada kena mengena dengan si Alfi. Si Alfi pun senyap tanpa berita. Yana sudah tidak tahan dengan tingkah-laku mereka. Yana duduk bersama mereka lalu bertanya apakah masalah mereka.

"Ayah tidak suka kamu berkawan dengan Alfi. Putuskan hubungan kamu berdua!!!!"

Yana tersentak mendengar kata-kata ayahnya. Yana memandang kearah ibunya dengan harapan ibunya akan membantah keputusan ayahnya, tetapi ibunya hanya mendiamkan diri.

"Tetapi kenapa ayah, kenapa? Apakah salah Alfi?" Yana bertanya dalam keadaan tersedu-sedan. Air mata jernih berlinang jatuh membasahi pipinya. Yana inginkan alasan yang munasabah yang mungkin dapat ia pertimbangkan. Ayahnya menghela nafas panjang lalu menceritakan kisah di sebalik keputusannya itu.

"Empat puluh tahun yang lalu, Ibumu merupakan wanita pujaan ramai jejaka dan ayah Alfi adalah salah seorang antaranya. Dia telah meminang ibumu tetapi ibumu pulak telah menolak lamarannya. Mungkin kerana geram dan malu, dia membalas dendam. Dia memperkosa ibumu pada malam hari jadinya. Dia telah membubuh pil tidur dalam air minuman ibumu dan dalam keadaan ibumu tak sedarkan diri, dia melakukannya. Ibumu mengandung, tapi Ayah Alfi tidak mahu bertangungjawab. Dengan sokongan keluarga ibumu, ibumu menggugurkan kandungannya. Masatu ayah, belum mengenali ibumu." Encik Daud memulakan ceritanya sambil memandang ke arah jendela rumahnya.

Makcik Leha pun menyambungkan cerita seterusnya"Ayahkau mengetahui kejadian ini dari ibu.Sebelum ibu bersetuju untuk mengahwini ayahmu, ibu telah menceritakan kisah pahit ibu pada ayahmu kerana tidak mahu dituduh sebagai seorang pendusta. Ayahmu amat marah dengan perbuatan ayah Alfi. Dia mahu membalas dendam tapi ibu yang melarang. Ibu mahu meninggalkan kenangan pahit ibu. Pada ibu, biarlah tuhan sahaja yang membalas perbuatannya. Pada saat itu, ayahmu berjanji akan membahagiakan ibu dan ibu dan ayah berjanji tidak akan mengenangkan lagi peristiwa itu dan tidak akan menjalinkan sebarang hubungan atau mendengar kisah keluarga ayah Alfi." Ibunya Yana mengakhiri ceritanya.

Diana termenung diam, air matanya dah kering. Tak ada apa yang hendak dia kata. Kata putus dari kedua orang tuanya tak dapat dia membantah. Kalau dia di tempat mereka, mungkin dia pun akan bertindak sedemikian.

Semenjak peristiwa itu, Yana kembali sunyi lagi. Dia terpaksa menturuti kehendak kedua ibu-bapanya. Walaupun batin dia menjerit tapi dia terpaksa menghadapinya. Masih dia ingat lagi kata-kata akhir dari lelaki yang pertama dia cintai. Ucapannya terakhir yang keluar dari mulut kekasihnya Alfi " Kalau ada jodoh, tak akan kemana......Abang akan berusaha kita akan dijodohkan...tunggu Alfi ya Yana" Kata-kata akhir dari Alfi. Tetapi sudah lima bulan lamanya berita dari Alfi dan suaranya sampai sekarang Yana tak terima.


Diana menjalani hidupnya dengan mengyibukkan dirinya dengan berkerja dan membuat kerja sukarelawan di luar negara(Mengajar anak-anak yatim yang minat pereka fesyen secara percuma). Soal jodoh dia serahkan pada takdir. Buat masani, hatinya masih belum terbuka untuk bercinta lagi.

Monday, June 15, 2009

Anak Ikan

KUALA LUMPUR: Berang dimarahi kerana menjadi ‘anak ikan’ kepada pengamal seks songsang, seorang remaja berusia 13 tahun membelasah ibunya berusia 38 tahun menggunakan buku lima di rumahnya di Gombak, di sini.

Difahamkan, tindakan biadap remaja lelaki itu memukul wanita yang juga ibu tunggal disebabkan dia melarang anaknya meneruskan hubungan songsang dengan seorang lelaki berusia 20-an yang menjadi kekasihnya sejak lima tahun lalu.

Rahsia percintaan terlarang pasangan itu terbongkar apabila ibu remaja berkenaan menemui wang yang banyak dalam simpanan anaknya itu.

Perasaan pelik yang menyelubungi wanita itu terjawab apabila anak bongsu daripada tiga beradik itu mengakui ‘dibela’ kekasihnya.


Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin, berlaku pertengkaran antara dua beranak itu apabila wanita berkenaan menegur anaknya supaya meninggalkan kerja terkutuk terbabit.

Sumber berkata, pertengkaran kira-kira 10 minit itu bertukar ganas apabila remaja terbabit hilang kawalan lalu menumbuk muka ibunya.

“Tidak berpuas hati, remaja itu menyarungkan buku lima dan menumbuk sekali lagi muka ibunya.

“Wanita terbabit terpelanting sebelum terjatuh dan terkedu kerana tidak mempercayai perbuatan anaknya itu,” katanya.

Menurut sumber, remaja itu kemudian melemparkan kata-kata kesat selain mendakwa wanita itu tidak layak menjadi ibu kandungnya kerana tidak mampu menyediakan segala yang diingini.

Difahamkan, mangsa mengarahkan anaknya yang lain meminta bantuan jiran.

Beberapa jiran datang meleraikan pergaduhan itu sebelum menahan suspek yang dikatakan seperti ‘dirasuk’.

Sumber berkata, hubungan songsang itu dipercayai sudah terjalin sejak lima tahun lalu dan bayaran lumayan diberikan kepada remaja berkenaan setiap kali melayani nafsu lelaki itu.

“Perasaan curiga mengenai perbuatan anaknya itu juga sudah lama dirasai wanita terbabit yang mendakwa pernah melihat kesan merah pada leher seperti ‘gigitan cinta’ namun mendiamkan diri kerana tiada bukti,” katanya.

Akibat dibelasah, wanita itu cedera di kepala dan difahamkan mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini.

Friday, June 12, 2009

Aktivitiku Bulan June

18-19 June 2009
Taklimat Pengurusan Data EMIS Online
Goldcourse Hotel Klang

26-28 June 2009
Referee Cobra 10's Invitation International Schools Tournoment
Padang Utara Petaling Jaya

Sunday, June 7, 2009

Keutamaan Membaca Surah Al-Baqarah



Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah.”

Riwayat Muslim



Huraian :

Rumah adalah sebahagian daripada kesempurnaan nikmat pemberian Allah SWT kepada manusia. Rumah menjadi tempat tinggal, tempat berehat dan banyak lagi manfaat lain yang boleh diperoleh daripadanya. Itulah yang dikatakan Ibnu Katsir ketika mentafsirkan surat An Nahl ayat 80 “Dan Allah menjadikan bagi mu rumah-rumah mu sebagai tempat tinggal”.

Justeru mereka yang dikurniakan kemampuan memiliki rumah sendiri tidak kira besar mahupun kecil perlu mensyukurinya.


Islam mengajarkan kita tata cara tertentu dalam mendirikan rumah atau menduduki rumah baru iaitu membanyakkan membaca surat Al Baqarah dari ayat pertama sehingga ayat terakhir. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Bacalah surat al- Baqarah di rumah kalian, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak akan memasuki sesebuah rumah yang di dalamnya dibacakan surat al-Baqarah”.

Surah al-Baqarah menceritakan asal usul kejadian manusia, serta asal usul kemurkaan Allah kepada syaitan. Hakikat inilah yang melemahkan syaitan apabila kita membaca surah tersebut. Ia mendedahkan kelemahan mereka dan kehormatan kita yang dilantik oleh Allah SWT sebagai khalifah di dunia.

Dengan membacakan surah al-Baqarah suasana rumah akan menjadi lebih tenang dan akan dijauhi daripada gangguan syaitan. Jangan pula ketika memasuki rumah baru kita membawa masuk segala perkara baru yang bercanggah dengan agama seperti mengamalkan perkara khurafat dan ritual-ritual seperti memanggil dukun dan paranormal agar rumah terhindar daripada gangguan syaitan atau perkara-perkara ghaib.

Semua ini jelas merupakan perbuatan syirik dan mengundang kemurkaan Allah! Ketika di rumah sama ada rumah baru atau yang sudah lama didiami jangan sekali-kali kita melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang syaitan untuk masuk dan tinggal di dalamnya seperti membawa masuk perkara-perkara haram dan maksiat, menyimpan patung berhala dan sebagainya.

Mahukah kita mendiami rumah bersama-sama syaitan? Ketahuilah bahawa syaitan sekali-kali tidak akan pernah berhenti berusaha untuk memasuki rumah orang-orang yang beriman dengan tujuan untuk menyesatkannya.

Tuesday, June 2, 2009

Rumah Idamanku....Bila nak siap niiii...duit dah nak abiss

Membina sebuah rumah merupakan impian semua orang...namun hakikatnya tidak semudah itu bagi orang yang kurang berada seperti aku...tapi bak kata pepatah hendak seribu daya....... walaupun terpaksa berjimat cermat...demi keselesaan anak-anak tercinta. Lagi pun bukan rugi buat harta ni...pelaburan masa depan katakan....

10 Ciri-ciri kite dah TUA.

10 ciri2 kita dah TUA!!Betul ke????ade ke yg mcm ni....kuikuikui. ..

1. Dulu, kalau nak membaca...dari jauh pun boleh baca. Sekarang dekat2 tak nampak....kena jauh-jauh sikit.
2. Dulu kalau nak kencing, dari jauh...suuurrrrr! !!! masuk.....!! !Sekarang, kalau nak kencing, kena dekat-dekat, pelan-pelan lepas...baru masuk...
3. Dulu, masa tidur menghadap muka...rapat- rapat, sekarang berlaga punggung saja..... itu pun dah kira rapat sangat dah tu....
4. Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbag ke...), sekarang, bawa juga... tapi minyak angin la...
5. Dulu, pakai baju mesti sama...sama color, sama design, sama brand....sedondon. .. Sekarang, "Asal kau ada baju nak pakai udah la...!"
6. Dulu, kalau nak kemana-mana, sanggup tunggu bini sampai se jam iron tudung...pakai tudung.... Sekarang, "Alah...you pakai yg "wrinkle free" tuje la....!" (dlm hati....macam la ada orang nak tengok dia...hiyyyy! !!Malam tadi tak mau nak gosok... lembab!!)
7. Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping, sekarang...tunggu dlmkereta je. Kejap-kejap SMS..."Lama lagi ke?" "Apa aje yg you cari ni...?"
8. Dulu, hebat....!!! sebulan sampai 12 kali..., sekarang, kalau dapat 12bulan sekali pun kira hebat juga...
9. Dulu, menunggu pun dah keras.... sekarang, menunggu nak keras...
10. Dulu, isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh, suruh buka..jgn pakai apa-apa.
Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh buka juga... "Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ke...?"