Thursday, May 28, 2009

Pertandingan Memancing Sempena Hari Guru 2009



Kelab Guru dan Kakitangan SK Sungai Buaya Banting telah Menganjurkan Pertandingan Memancing sempena sambutan Hari Guru 2009 peringkat Sekolah. Pentandingan ini diadakan pada 27 Mei 2009 bertempat di Kolam Pancing Kampung Bandar Banting. Dalam pertandingan tersebut En.Nassir bin Hj.Jaafar iaitu suami kepada Cikgu Pn.Jamaliah Othman telah muncul juara setelah menaikkan Jenahak seberat 2.5kg, tempat kedua pula telah dimenangi oleh Cikgu Rizal Basiran yang berjaya menjinakkan Jenahak seberat 2.4kg. Cikgu Lan (aku la tuuuu) telah berjaya menduduki tempat ketika setelah berjaya menjinakkan Jenahak seberat 2.2kg manakala cikgu Noreen Shahrizal pula menduduki carta keempat setelah menaikkan Siakap seberat 2.1kg.
Aku and the gang bersama hasil tangkapan masing-masing.

berat niiii Jenahak 2.2kg

Wednesday, May 27, 2009

Cikgu,Alias dan Beruk

Cerpen bertajuk beruk ini pernah menyentuh hati ana pada suatu kem Bina Insan Guru (BIG) yang dianjurkan kepada guru-guru pelatih Institut Perguruan Rajang, Sarawak. Lalu pada kesempatan ini, ana kongsikan cerpen ini untuk tatapan insan yang telah bergelar guru, bakal-bakal guru dan semua yang dapat mengambil pengajaran daripadanya. Untuk semua, inilah kisah…

Beruk!

Pukul lapan tiga puluh minit masing-masing masuk bertugas. Cikgu Sunan masuk ke dalam darjahnya, darjah lima. Ketua darjah melaung kuat suruh murid-murid bangun. Masing-masing bangun, tapi sama seperti berbaris tadi. Malas. Cikgu Sunan tidak ambil pusing hal itu.

Separuh masa sudah berlalu. Cikgu Sunan membuat soalan kira-kira yang lain. Tiba-tiba seorang murid masuk senyap-senyap dan duduk di bangku paling belakang. Dia terlewat datang. Cikgu Sunan sedar. Dia memerhati murid itu dengan pandangan tajam, sehingga mata murid itu tidak kuasa menentangnya.

Semakin lama Cikgu Sunan memerhati, murid itu mulai gelisah. Dia pura-pura mencari sesuatu di dalam mejanya. Menggaru-garu betis yang basah dengan air embun. “Alias! Mari sini!” Cikgu Sunan memanggil murid yang datang lambat itu dengan bengis.

Murid yang bernama Alias itu bangun lambat-lambat, kemudian melangkah perlahan-lahan ke depan. Dia tahu, sebentar lagi dia pasti akan menerima habuan. Dan kawan-kawan yang lain pun sudah menduga yang Alias akan menerima habuan. Begitu selalunya.

“Berdiri di situ!” perintah Cikgu Sunan sambil jari tunjuknya menunjuk ke tepi meja tulis. Dia kembali menulis soalan-soalan di papan hitam. Alias berdiri di tepi meja dengan hati yang berdetap-detap. Bimbang. Takut. Gentar. Dia tidak dapat menduga apakah hukuman yang akan dijatuhkan oleh Cikgunya nanti akibat dia datang lambat.

Tapi kali ini dia bercadang, dia akan berterus terang saja. Dia akan bercakap benar walaupun tidak diterima oleh Cikgu Sunan.

“Mari dekat sini, Lias!” perintah Cikgu Sunan apabila dia selesai menulis soalan. Punggungnya yang lebar itu dihentak ke kerusi. Murid yang bernama Alias ini mendekat sedikit. Dia cuma memakai seluar dan baju tanpa dua biji butang bawah. Rambutnya tidak disikat. Berkaki ayam. Betisnya bercalar-calar diguris oleh duri lorong denai yang dilaluinya.

Cikgu Sunan memerhati dari atas ke bawah. Jijik sekali. Rupa bentuk dan pakaian muridnya ini sungguh-sungguh tidak berbeza sejak darjah empat dulu lagi. Alias tidak berani memanggung kepala apabila Cikgu Sunan memerhatinya tanpa berkata sepatah pun. Kaki kanannya menenyeh-nenyeh kaki kiri. Gatal. Jarinya memintal-mintal kaki seluarnya yang lusuh itu.

“Kenapa kau datang lambat?” Akhirnya Cikgu Sunan bersuara. Alias tidak menjawab. Dia tahu walau bagaimana benar sekalipun jawapannya, dia akan kena habuan juga. Dia tahu hukuman yang akan dijatuhkan kepadanya bukanlah berdasarkan sebab-sebab sama ada rumahnya jauh atau aral yang lain. Tapi kerana dia datang lambat.

“Hei beruk! Saya tanya kenapa kau datang lambat?” Cikgu Sunan hampir-hampir memekik.

Alias diam. Dia masih tunduk juga. Panggilan “beruk” kepadanya bukanlah sekali itu sahaja dan bukan sekadar cikgu Sunan seorang. Di sekolah dia sudah masyhur dengan panggilan “beruk” sebab dia membela seekor beruk.

“Pandang sini!” sergah Cikgu Sunan sambil mengangkat dagu Alias dengan pembaris panjang. Alias memanggung kepala. “Saya tanya kepada kau datang lambat?”

Dengan suara tergagap-gagap bercampur takut, Alias menjawab, “Beruk… beruk saya putus rantai, cikgu!”.

“Haaa, kalau dah putus apa yang kau buat?”. Cikgu Sunan bertanya keras. Memang dia tidak pernah beri muka kepada murid-muridnya.

“Saya cari, cikgu!”.

“Dah jumpa?”.

Alias angguk. Tersenyum.

“Sebab itu kau datang lambat?”

Angguk juga.

”Kau lebih pentingkan beruk daripada sekolah ya? Sebab tu kau pun macam beruk”. Cikgu Sunan berleter. Muka Alias dipandang dengan jijik.

“Saya sayangkan beruk saya cikgu. Dia kawan baik saya!” kata Alias dengan jujur.

Marah Cikgu Sunan naik meluap. Jawapan Alias itu sungguh menyakitkan hatinya. Dia menggaru-garu. Tubuh kurus Alias dipandangnya, bagai seekor semut.

“Kau nak main-mainkan saya, ya?” Cikgu Sunan menahan marah. Matanya bersinar-sinar.

“Tidak cikgu, saya…”

“Sudahlah!” Tiba-tiba Cikgu Sunan menempik, Serentak dengan itu satu penampar kuat hinggap di telinga kanan Alias. Alias terhuyung-hayang. Tapi tidak mengangis. Telinganya terasa bengang. Pendengarannya berdengung. Mukanya merah.

Dengan langkah yang lesu dia kembali duduk di kerusi. Kawan-kawan diam membisu. Masing-masing menumpukan perhatian kepadanya.

“Cuba kamu tengok beruk tu! Tak malu. Malas! Kamu semua jangan jadi beruk macam dia!” Cikgu Sunan bersyarah kepada murid-muridnya yang lain. Murid-muridnya diam membisu. Sekali-sekala mereka berpaling melihat Alias yang malang itu. Tapi pada Alias macam tidak ada apa-apa yang terjadi. Kalau tadi dia asyik tunduk, kali ini dia memanggung mukanya dan berwajah tenang. Begitu pun di kelopak matanya ada air yang bertakung.

Tiga hari sesudah itu Alias tidak datang ke sekolah. Daripada desas desus murid-murid yang lain, Cikgu Sunan mendapat tahu Alias sudah berhenti. Dengan tiba-tiba, dada Cikgu Sunan diserkup sayu. Sedih dan kasihan. Dia terasa macam ada suatu dosa yang telah dilakukannya terhadap Alias.

Beberapa ketika dia termenung. Dia tahu perbuatannya salah dari segi undang-undang. Tapi hari itu dia sungguh tidak tahan. Alias telah ponteng bukan sekali dua. Apabila ditanya cuma beruknya saja yang menjadi alasan. Mana hati tidak geram. Tapi apabila dia mendapat tahu bahawa Alias berhenti, perasaan hibanya tidak dapat dikawal lagi. Dia berasa tanggungjawabnya pula untuk menarik Alias supaya belajar semula hingga tamat. Dia menyesal.

Tengah hari itu Cikgu Sunan tidak terus pulang ke rumahnya. Selepas bertugas dia meminjam basikal seorang muridnya dan terus pergi ke rumah Alias yang terletak sejauh empat kilometer itu. Dia tidak memberitahu guru besar. Biarlah hal itu dia selesai sendiri.

Untuk sampai ke rumah Alias, Cikgu Sunan terpaksa melalui lorong sempit yang boleh dikatakan denai. Di kiri kanan lorong itu banyak pokok “keman malu” dan senduduk. Berlopak-lopak. Tidak ada orang lalu-lalang.

Kampung tempat tinggal Alias sangat-sangat terpencil. Sekali-sekala terlintas juga di hati Cikgu Sunan, bahawa memang patut Alias tidak datang selalu ke sekolah. Kalau dia sendiri pun jadi Alias dia tentu tidak datang ke sekolah. Sekali lagi perasaan menyesal menumbuk di hatinya kerana perbuatannya itu tidak diselidik lebih dulu. Akhirnya sampai juga Cikgu Sunan. Dia terpaksa menyeberangi sebatang titi melintasi sebuah parit yang selebar tiga meter.

Alias tidak ada. Berkali-kali Cikgu Sunan memanggil, tapi senyap saja. Tiba-tiba seorang tua menjenguk dari lubang tingkap. Orang tua itu menjemput Cikgu Sunan naik. Cikgu Sunan menolak perlawaan itu, tapi berkali-kali pula orang tua itu menjemputnya. Akhirnya Cikgu Sunan mengalah apabila orang tua itu memberitahu yang dirinya lumpuh, tidak dapat turun.

Sekali lagi rasa sebak menyerang dada Cikgu Sunan. Rupa-rupanya kesulitan Alias berbagai-bagai jenis. Terasa mahu dikerat tangannya yang ganas itu.

“Alias ke mana mak cik?” tanya Cikgu Sunan.

“Entah, dia turun dari rumah tadi pukul sepuluh. Katanya dia nak petik buah kelapa di hujung kampung”.

“Dia panjat pokok kelapa?”

“Takkk, dengan beruknya tulah. Itulah pencariannya sejak mak cik lumpuh,” terang ibu Alias dengan hiba. Di atas alang rumah itu terdapat buku-buku Alias. Dindingnya tembus di sana sini. Tidak ada apa yang boleh dinamakan perhiasan. Cuma satu cermin bulat sebesar tempurung jantan.

“Dah lama mak cik lumpuh?” tanyanya.

“Dah hampir setahun,” terang orang tua itu lagi.

Cikgu Sunan yang duduk di muka pintu sahaja itu mengangguk-angguk. Rasa simpati kepada Alias semakin tebal.

“Saya datang ni nak tau. Mengapa Alias tak ke sekolah lagi?”.

“Entahlah. Katanya dia tak sekolah lagi. Telinganya sakit”.

Cikgu Sunan termenung panjang. Wajahnya berkerut. Sedang dia termenung itu tiba-tiba dia melihat Alias pulang, beruknya di atas bahu. Alias membimbit dua biji kelapa.

“Haa, itu pun dia dah balik,” kata Cikgu Sunan dengan tersenyum. Orang tua itu menjengguk dari lubang tingkap. Dia menyambut kepulangan anaknya dengan pandangan mata saja. Lebih daripada itu dia tidak terdaya. “Begitulah kerjanya setiap hari sejak bapaknya meninggal,” kata orang tua itu dengan sedih.

Alias yang sudah hampir sampai ke rumahnya itu terhenti seketika apabila melihat ada orang di muka pintu rumahnya. Dia macam tidak percaya orang itu ialah Cikgu Sunan. Tapi apabila dia sudah pasti benar, segera dia melepaskan buah kelapa yang dipegangnya. Beruknya diletakkan ke tanah dan dia terus meluru mendapatkan Cikgu Sunan. Dia senyum girang. Bersalam tangan.

Beruk yang ditinggalkannya itu melompat-lompat. Berkereh-kereh bunyinya, kerana orang yang berada di muka pintu rumah tuannya itu belum pernah dilihatnya.

“Dia lama cikgu sampai ?” tanya Alias.

“Baru sekejap,” jawab Cikgu Sunan.

Keramahan Alias sungguh mengejut Cikgu Sunan. Beruk yang ditinggalkan oleh Alias di halaman rumahnya itu melompat-melompat dengan suara garang. Alias menempik beberapa kali supaya diam, tapi beruk itu tetap melompat juga. Dia tidak kenal orang itu guru kepada tuannya.

Cikgu Sunan terpandang telinga kanan Alias. Telinga itu merah dan bengkak nampaknya. Dari lubangnya meleleh benda putih.

“Dekat sini Alias,” kata Cikgu Sunan dengan lembut.

Alias mendengar kata-kata itu berlainan sekali dengan perintahnya semasa sekolah. Kata-kata itu macam, kata-kata orang yang menyayanginya. Dia mendekatkan kepalanya kepada Cikgu Sunan.

“Senget sedikit kepala kau”. Cikgu Sunan berkata lagi. Alias menyengetkan kepalanya. Cikgu Sunan memegang kepala Alias dan menekannya sedikit untuk memastikan telinga Alias yang sakit itu. Tapi dengan tiba-tiba beruk yang sedang marah-marah dan melompat-lompat di halaman tadi, melompat naik lalu menggigit tangan Cikgu Sunan. Beruk itu menyangka orang itu akan menyakiti tuannya.

Cikgu Sunan mengadu sakit. Tangannya berdarah. Beruk masih bergelut. Suasana menjadi kelam-kabut. Alias menempik beberapa kali supaya beruk berlalu. Tapi tempiknya tidak diendahkan oleh beruknya. Beruk itu terus menyerang Cikgu Sunan. Demi untuk menyelamatkan Cikgu Sunan, Alias mencapai sebatang lembing yang digunakan untuk menghimpun buah-buah kelapa, lalu dengan sekuat-kuat hatinya dia meradak lembing itu ke perut beruknya. Cuma itulah saja yang boleh menyelamatkan gurunya.

Beruk yang garang itu menjadi lemah. Terlentang di atas lantai. Sebelum menghembus nafasnya yang terakhir, mata hitamnya memandang kepada Alias dengan sayu. Kelopak mata yang berbulu itu tergenang air jernih.

Alias terpaku seketika. Ibunya juga tidak berkata apa-apa. Cikgu Sunan menahan darah di lengannya dengan sapu tangan. Tapi darah yang keluar di lengannya tidaklah sama dengan darah beruk yang telah diradak lembing tadi.

Suasana sepi. Cikgu Sunan memandang Alias, Alias memandang beruknya bagai satu mimpi. Dan ibu tua itu memandang anaknya dengan satu tafsiran yang asing.

Alias tidak dapat menahan perasaannya. Dia menangis tersedu-sedu. Air matanya berderai keluar, jatuh menimpa di atas tubuh beruk kesayangannya. Dia bangun lambat-lambat. Matanya memandang ibunya. Ibu tua itu tetap membisu. Dia tersedu-sedu.

“Terima kasih Alias.” Tiba-tiba dalam kesepian itu Cikgu Sunan berkata. Darah di lengannya masih juga keluar.

“Cikgu sakitkah?” tanya Alias antara sedu-sedannya.

“Tak mengapa, sikit saja. Err, saya balik dulu Lias.” kata Cikgu Sunan, lalu turun dari rumah itu.

“Cikgu…”

“saya minta maaf’,” kata Alias sebaik saja Ckgu Sunan memijak tangga bawah.

“Tak apa…. tapi kau mau ke sekolah lagi?”

Alias duduk. Kaku. Sedih.

“Lebih baik kau ke sekolah, hingga darjah enam” Cikgu Sunan memberi nasihat.

“Saya tidak dapat ke sekolah lagi Cikgu.” Tiba-tiba Alias menjawab sayu.

“Kenapa?”

“Beruk… Saya mencari makan dengan beruk itu cikgu.”

Dada Cikgu Sunan bagai ditikam lembing berkarat. Perkataan Alias benar-benar menusuk hatinya. Barulah dia tahu, bahawa beruk itu pada Alias merupakan tali perhubungan nyawanya selama ini.

Dia melangkah pulang dengan dada yang sebak. Tapi Alias yang terpaku di ambang pintu lebih pilu lagi.

Azizi Hj Abdullah
Dewan Bahasa, Disember 1970

Friday, May 22, 2009

Guru diploma dapat durian runtuh

KUALA LUMPUR 21 Mei – Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) berpeluang menikmati skim perkhidmatan lebih baik apabila kerajaan mengumumkan kenaikan pangkat dan pertambahan kuota Guru Cemerlang sehingga 1,486 bagi pelbagai gred berkuat kuasa serta merta.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak pernah melupakan guru diploma.

‘‘Hari ini kita umumkan pula untuk PPPLD, berkuat kuasa serta merta jadi saya harap mereka berpuas hati,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) kali ke-51 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan tidak pernah meminggirkan guru bukan siswazah cuma pengumuman kenaikan pangkat itu didahulukan kenaikan pangkat dan tambahan Guru Cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS).

Berita gembira untuk PPPS itu diumumkan pada sambutan Hari Guru 2009 Peringkat Kebangsaan di Terengganu, 16 Mei lalu.

Pada sambutan Hari Guru itu, Muhyiddin telah meluluskan pertambahan 2,141 kuota untuk jawatan Guru dan Pengetua Cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) siswazah di sekolah menengah berkuat kuasa serta merta.

Beliau juga berkata, kerajaan juga bersetuju mewujudkan 1,910 jawatan Guru Cemerlang bagi PPP Siswazah yang berkhidmat di sekolah rendah.

Ekoran daripada pengumuman itu, guru PPLD telah menyatakan rasa kecewa mereka termasuk menghantar surat ke ruangan Forum Utusan Malaysia kelmarin.

Masalah yang sama turut dibangkitkan oleh Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB), Mohd. Sabri Mohd. Arshad baru-baru ini yang mendakwa kerajaan ‘tidak bersikap adil’ terhadap guru bukan siswazah yang sudah lama berkhidmat di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Monday, May 18, 2009

JOM KE BUKIT JALIL


STADIUM BUKIT JALIL 19 MEI 2009 8.45 MALAM

Saturday, May 16, 2009

Hari Guru: Masihkah Kita Mengingati Mereka

Hari ibu baru sahaja berlalu meninggalkan kita…namun begitulah hakikatnya kita sebagai manusia hanya mengambil kesempatan untuk meraikan ibu pada hari tersebut sahaja sadangkan dalam masa yang sama kita sering lupa bahawa ibu kita sentiasa meraikan kita dari kita dalam kandungan kita hinggalah kita meninggal dunia…semua orang tahu tiada manusia yang tak sayangkan ibu.. namun kesibukkan kita membuatkan kita berjauhan dengan ibu…di hati nurani kita tidak sedikitpun kita melupakan ibu kita..
Kini… Hari Guru menjelma lagi. Adakah kita pernah mengenang jasa guru kita? Hari Guru bukan sekadar mengingati guru pada tarikh 16 Mei setiap tahun. Kita seharusnya mengenang jasa guru yang mengajar kita sejak dari tadika hinggalah kita menjadi manusia yang berguna kepada bangsa dan Negara. Bertepatanlah dengan tema Hari Guru Tahun 2009 Guru Pembina Negara Bangsa.
Dulu, sewaktu zaman persekolahan aku tidak pernah menjejakkan kakiku ke tadika….maklumlah pada waktu itu …tadika hanya untuk orang berada sahaja…jadi aku mengenali alam persekolahan ketika aku berusia 7 tahun. Darjah satu merupakan pentas pertama aku menimba ilmu pengetahuan,. Daripada seorang kanak yang buta huruf sehinggalah aku tahu tulis baca golongan guru inilah yang banyak membantu dalam usaha mencorak kehidupan aku hingga ke hari ini. Aku dilahirkan dalam keluarga yang buta huruf tapi Alhamdulillah kami adik beradik mula tahu tulis baca seawall usia 7 tahun. Kadang aku bertanya kepada diri sendiri…pernahkah aku menghargai jasa guruku yang selama ini mencorak hidup aku.. berapa ramai di antara kita yang mengucapkan ucapan “Terima kasih, cikgu” atau “Terima kasih, guru” atas setiap pengorbanan dan jasa dan ilmu yang telah insan mulia ini curahkan kepada kita sejak kita kecil tanpa mengharapkan langsung balasan daripada kita. Kejayaan yang kita capai hari ini ialah balasan yang tidak terhingga kita curahkan kepada guru kita.
Aku selalu terkenang kata-kata guruku bahawa dalam dunia ini hanya terdapat dua orang insan yang tidak pernah dengki dengan kejayaan kita iaitu pertama kedua ibu bapa kita dan kedua ialah guru kita. Malah kedua-dua insan ini sanggup mengalirkan airmata kerana kejayaan kita disaat orang lain mencemuh ekoran perasaan hasad dengki terhadap kejayaan kita.
Sempena Hari Guru 2009 ini, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada insan mulia ini yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada aku sejak saya di bangku sekolah sehinggalah saya menjejakkan kaki ke universiti. Bagi insan mulia yang pernah mendidikku di SK Sultan Ibrahim Dua, SMK Sultan Ibrahim Dua, SMV Alor Akar, SM Abdul Kadir Adabi, MPKTBR, dan USM aku mengucapkan terima kasih Cikgu jasamu akan kukenang hingga ke akhir hayat. Terima kasih juga kepada semua guru-guru di Malaysia di atas usaha dan pengorbanan mereka mencurahkan ilmu-ilmu mereka kepada para putera puteri pewaris negara yang bakal merealisasikan visi negara menjadi suatu realiti kelak.
Terima kasih guru! Terima kasih cikgu! Jasamu akan tetap dikenang hingga ke akhir hayat.

Lagu Tema Hari Guru 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Thursday, May 14, 2009

Guru Oh Guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan SN Dato Usman Awang

Wednesday, May 13, 2009

KITALAH ITU...

Kitalah itu,
yang melukis pada sebuah kanvas
memercikkan warna-warni kehidupan,
cerialah citra
sebuah bangsa merdeka
sebuah negara tercinta.

Kitalah itu,
yang mengukir arca wawasan
dengan tukul semangat
dan pahat keazaman,
mengupas karat peradaban
mengikis hitam perlakuan,
tugu generasi kita tegakkan
menjulang teras kedaulatan
lambang sebuah keunggulan.

Kitalah itu,
yang membina jambatan
menghubung era hadapan
meniti mercu kemajuan,
dengan lidah dan tangan
kita kibarkan kemegahan
kita semarakkan perjuangan!

Kitalah itu,
yang bernama guru
tidak mengenal erti jemu
mendidik memberi ilmu
agar anak-anak watan
tidak hanyut sendirian
di laut hasutan dan bisikan
tumpas mencari haluan.

Kitalah ...
yang sekali dipanggil cikgu
seumur hidup pun begitu
Guru tetap menjadi guru
biar sapa membisu
biar tingkah menjadi kaku.


Ghazali Lateh
Banting,

Tau Bikin Jerr







Aku tak tau dekat mana kejadian ni berlaku tapi yang pasti orang yang tinggal janin ni memang Haram Jadah.

Kalah Lagiiiii

Kelantan 1 Johor FC 2

Jom ke Bukit Jalil

Sunday, May 10, 2009

Janda, Duda Paling Ramai

Bersekedudukan perkara biasa dalam masyarakat kini.

PANGSAPURI sering dijadikan tempat tinggal bersama oleh pasangan yang belum berkahwin. - Gambar hiasan

GHAZALI, 23, terlibat dengan pelbagai gejala sosial sejak di sekolah menengah lagi. Selain merempit serta menghisap dan mengedar dadah, pemuda yang berasal dari Klang, Selangor ini juga pernah bersekedudukan dengan seorang janda.

Ghazali bertemu seorang GRO yang juga perempuan simpanan kepada seorang pengedar dadah semasa menuntut di sebuah institut kemahiran di Ipoh, Perak.

“Pengedar dadah itu telah lama menyimpan GRO bernama Jasmin. Dia cantik dan bertubuh montok.

“Pada mulanya kami banyak berhubung kerana soal kerja (mengedar dadah) tetapi lama-kelamaan timbul perasaan cinta. Kami kemudian mengambil keputusan untuk lari bersama,” ceritanya.

Ghazali yang ditemui di Rumah Kebajikan Perkid Hulu Langat, Selangor baru-baru ini mengaku bersekedudukan dengan Jasmin yang telah mempunyai dua orang anak.

“Saya tak kisah pada masa itu kerana pendapatan daripada kegiatan mengedar dadah mampu mencecah RM2,000 sehari.

“Anak Jasmin saya anggap seperti anak sendiri. Kehidupan kami bagai suami isteri, cuma tiada ikatan pernikahan.

“Keluarga juga tidak dapat menghidu perbuatan saya kerana kami berpindah randah sebulan sekali bagi mengelak daripada diketahui orang,” ujarnya.

Ghazali turut membuat sijil nikah palsu supaya tidak ditangkap oleh pihak berkuasa agama selain tidak menimbulkan syak wasangka jiran.

Namun bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru. Keluarga Ghazali mula mengesan kegiatannya dan merancang memerangkap Ghazali.

“Saya diberitahu ibu sakit tenat. Terus saya memandu kereta pulang ke Klang. Tetapi sewaktu hampir sampai, saya ditahan oleh sebuah kereta.

“Ingatkan pengedar dadah itu tetapi rupanya pegawai Perkid sendiri bersama abang saya. Mereka terus bawa saya menjalani pemulihan di Perkid.

“Sehingga kini saya tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Jasmin dan anaknya.

“Sukar untuk berubah pada mulanya namun sampai bila harus terus bergelumang dengan dosa kerana ajal manusia tiada siapa yang tahu,” katanya sayu.

Menurut Pengerusi Perkid Shah Alam, Roslan Mohd. Isa yang berpengalaman membantu operasi pencegahan maksiat oleh pihak berkuasa agama di Selangor, amalan bersekedudukan merupakan perkara biasa kini.

GHAZALI sering berpindah rumah bagi mengelakkan perbuatannya dikesan.

Kebanyakan pasangan yang ditangkap majoritinya ialah golongan duda dan janda.

“Sebenarnya mereka lebih berpengalaman dan mampu mempengaruhi pasangan dengan mudah.

“Selalunya salah seorang daripada pasangan yang ditangkap adalah duda atau janda. Alasan yang diberi pula tidak masuk akal seperti tidak cukup wang untuk kahwin dan dipinggirkan keluarga.

“Dalam sebulan, kami mengadakan dua hingga tiga operasi mengesan mereka yang bersekedudukan termasuk penuntut universiti serta pekerja kilang yang kebanyakannya tinggal di rumah flat,” ujarnya.

Menurut penceramah agama yang juga bekas peguam kepada penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza, Abdul Hakim Othman, bilangan penguat kuasa agama yang tidak seimbang menjadi antara punca ramai pasangan bersekedudukan.

“Yang membuat maksiat 100,000 orang tapi penguat kuasanya seorang. Malah ada yang mempertikaikan kaedah penangkapan yang dilakukan jabatan agama yang didakwa tidak mengikut peraturan.

“Namun punca sebenarnya disebabkan kebebasan tanpa had dan tidak patuh pada hukum-hakam Islam.

“Masyarakat juga perlu ambil tahu pergaulan lelaki dan perempuan sama ada mereka sudah berkahwin atau belum,” ujarnya.

Ini bukan main-main

PENGARAH Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi ketika dihubungi Kosmo! Ahad tidak menolak amalan bersekedudukan dalam masyarakat kini semakin serius.

“Walaupun tiada statistik terkini, ia telah menjadi barah dalam masyarakat kita. Tetapi kami akan bertindak tegas sebaik sahaja aduan dan laporan diterima.

MOHAMMED KHUSRIN MUNAWI

“Ini bukan perkara main-main. Apa akan terjadi jika anak dilahirkan? Sudahlah berdosa, anak itu tidak boleh didaftarkan selain menimbulkan masalah wali dan pewarisan harta,” ujarnya.

Beliau mengakui hukuman penjara lapan bulan dan denda RM3,000 bagi kesalahan bersekedudukan tidak cukup menakutkan pesalah.

“Jarang yang dipenjara, sebaliknya cuma perlu membayar denda. Hukuman ini sangat ringan dan perlu disemak semula kesannya,” katanya.

Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu

Salam Sayang Buat Ibuku Puan Zahrah binti Damat semoga beroleh kesejahteraan di dunia dan Akhirat. Pada kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu.....

Friday, May 8, 2009

Detik Rasulullah Dijemput Sakarat

AKu ade terbaca satu artikel ni..cter psl nabi SAW ketika nk dicabut nyawa..kisah ni mmg m'buatkn aku t'sentuh.. hrap kalian smua dpt amibl iktiba dr kisah ni..BETAPA SYG NYE NABI PD KITE..TP KITE??

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu..

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilLah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat Penghantar Wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.. "Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" - "Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.. "Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi… Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Wednesday, May 6, 2009

Puisi Untuk Ibu

Di kala resah ini kian mendesah dan menggalaukan jiwaku
Kau ada di sana …
Di saat aku terluka
hingga akhirnya…tercabik-cabiklah keteguhan hatiku
Kau masih ada di sana…

Ketika aku lelah dan semangatku patah untuk meneruskan perjuangan,
terhenti oleh kerikil –kerikil yang kurasa terlampau tajam
hingga akhirnya aku pun memilih jeda!!!
Kau tetap ada di sana…
memberiku isyarat untuk tetap bertahan

Ibu…kau basuh kesedihanku, kehampaanku dan ketidakberdayaanku
"Tiada lain kita hanya insan Sang Kuasa,
Memiliki tugas di bumi tuk menegakkan kalimatNya
Kita adalah jasad, jiwa, dan ruh yang terpadu
Untuk memberi arti bagi diri dan yang lain"
Kata-katamu laksana embun di padang gersang nuraniku
memberiku setitik cahaya dalam kekalutan berfikirku
Kau labuhkan hatimu untukku, dengan tulus tak berpamrih

Kusandarkan diriku di bahumu
Terasa…kelembutanmu menembus dinding-dinding kalbuku
Menghancurleburkan segala keangkuhan diri
Meluluhkan semua kelelahan dan beban dunia
Dan membiarkannya tenang terhanyut bersama kedalaman hatimu

Kutatap perlahan…
matamu yang membiaskan ketegaran dan perlindungan
Kristal-kristal lembut yang sedang bermain di bola matamu,
jatuh…setetes demi setetes
Kau biarkan ia menari di atas kain kerudungmu
Laksana oase di terik panasnya gurun sahara

Ibu…
Nasihatmu memberi kekuatan untukku
rangkulanmu menjadi penyangga kerapuhanku
untuk ,menapaki hari-hari penuh liku
…semoga semua itu tak akan pernah layu!

Ibu…
Dalam kelembutan cintamu, kulihat kekuatan
dalam tangis air matamu, kulihat semangat menggelora
dalam dirimu, terkumpul seluruh daya dunia!

Puisi Buat Bonda ...Sempena Hari Ibu

Dalam setiap irama tubuhmu kau selalu menyapa
Dalam kepenatan yang tak pernah terbisikkan kau selalu mendekap
Dalam kerinduan yang sangat kau tak pernah ingin lepas dariku

Usiaku kini telah berubah
Aku bukan lagi gadis kecil
Kaulah yang telah membentuk jiwa mentah ini
Kaulah yang telah mengelola emosi labil ini menjadi lokomotif kemajuan
Kaulah yang selalu memberiku keberuntungan dengan nasihatmu kala malam telah
larut dan gerbang mimpi siap menghampiriku

Kala yang lain terlelap
Kutahu kau tak pernah terlena
Pikiran, hati, jiwa, dan emosiku selalu bekerja dan bekerja untuk masa depanku
Kau selalu berpacu dengan waktu
Karena kau yakin, tanpa itu bisa jadi aku terlindas oleh jaman yang semakin tak
keras

Kaulah pengantar luasnya pengetahuanku
Kala wadah kosa kataku hanya bagai tetesan air
Kaulah yang memenuhinya hingga menjadi sebuah lautan
Kaulah bintang berkilauku
Yang tak akan pernah terlupakan oleh rangkaian huruf cahaya sejarah peradaban
manusia

Andai aku bisa, bunda…
Kan kubalas segenap cinta dan kasihmu
Andai aku mampu, bunda…
Kan kupersembahkan seterang kilauanmu, sehangat dekapanmu, setulus kasihmu, dan
sebijak nasihatmu

Kutahu, bunda…
Tanganmu tak pernah lepas berharap untukku dalam setiap do’a yang kau panjatkan
Kutahu bunda…
Senyummu selalu menyapa dalam setiap kata cinta yang keluar dari lisanmu
Kutahu bunda…
Mata hatimu selalu terjaga dalam setiap derapku

Ya Allah….
Kutengadahkan tanganku berharap kau membahagiakannya sepertiku kini
Ya Rabbi…,
Kumemohon berilah bunda mimpi yang selalu indah
Ya Rabbul Izzati…,
Kuberharap padaMu anugerahkan bunda kecupan hangat
Seperti yang selalu ia berikan padaku saat aku terbangun di pagi hari
Ya Illahi…,
Sejahterakanlah bunda

Bunda, pelangi dan matahariku…
Hari ini kuhaturkan dengan tulus padamu…

SELAMAT HARI IBU!

Tuesday, May 5, 2009

Hayati Kisah Ini Sempena Hari Ibu....

Garisan usia kian bertambah diwajahmu…
Namun, engkau masih lagi terus..
Memerah keringat untuk kesenanganku...
Aku sedar akan kesusahanmu itu,
Namun, aku masih juga tidak mengendahkannya...
Aku hairan...
Hatiku memberontak melihat wajahmu...
Bagiku, semuanya hanyalah lakonanmu...
Lakonan yang tercipta meminta simpatiku...
Amarahku memuncak...
Fikiranku diluar kawalan...
Egoku menggunung, marahku membara...
Segala-galanya bagiku tika itu tidak bermakna...
Membenci diriku dan dirimu...
Hatimu kusakiti, dirimu kubenci...
Tanpa memikirkan dosa dan pahala...
Aku menghamburkan kata...
Hatimu terluka...
Namun, aku biarkan sahaja...
Tapi,
Bila kau pergi jauh...
Aku sedih, aku kesal...
Kemaafan belum sempat kupinta...
Akhirnya diriku yang merana...
YA Allah...
Akulah anak yang tidak berguna...
Menderhaka kepadanya, menyakiti hatinya...
Mama...
Maafkan aku kerana menyakitimu...
Maafkan aku kerana banyak menyusahkanmu...
Maafkan aku...




" Ibu ni bising je...bosanla...!!" jerkahku kepadanya. Membara betul aku melihat dirinya. Ada sahaja yang dilakukannya tidak kena dimataku. Itu salah, ini salah, usik sana lenting, sini melenting. Macam-macam hal yang dilakukannya membuatkan aku membara. Kulihat deraian air mata dari kolam matanya. Mutiara panas itu berderai membasahi pipinya. Tanpa menghiraukan Ibu aku melangkah keluar, bersiar-siar mengambil angin untuk menenangkan fikiran yang tengah kusut. Aku berhenti di taman permainan, mengambil tempat berhampiran pokok yang rendang, mengimbau kembali peristiwa yang berlaku tadi. Pertengkaran demi pertengkaran berlaku diantara kami berdua, sudah berkali-kali aku melukai hatinya.

" Aloya Cik Qis...gapo ha ekau...?apo kono ni ha termenung jauh?" soal Nina kepadaku. Entah bila dia wujud. Malas aku hendak menjawab soalannya. Kura-kura dalam perahu betulla mak nenek ni. Nina mengeluh, dari ekor mata kau melihat dia menggeleng. Kedatangannya kesini aku tidak hiraukan. Aku lebih suka menyendiri, menenangkan fikiran, walaupun hakikatnya terlalu banyak benda yang ingin diperkatakan tapi hasrat itu sudah mati.

" Engkau gaduh ngan Ibu kau lagi ke?" Nina menyoal lagi. Haish...
" Tau tak pa...jangan cakap banyak..nanti kau pulak kot yang terkena marah dengan aku." Namun Nina tidak mengendahkannya kerana dia tahu, sebecok mana pun dia bercakap aku tidak akan melakukan apa-apa kepadanya.

" Qis...haishh...aku tengok bulan ni entah dah kali ke berapa la engkau gaduh dengan Ibu kau tu. Apa masalah kau sebenarnya?" Aku terdiam, memikirkan jawapan yang selayaknya diberi kepada soalan Nina tadi, namun hampa. Aku buntu mencari sebab musababnya. Apa yang terlintas difikiran lansung tiada kaitan. Tak ada satu pun alasan yang konkrit kenapa aku marah sangat dengan Ibu.

" Aku pun tak tahu Nina, aku rasa buntu. Banyak sangat rasanya benda yang buat aku jadi macam ni." Nina melepaskan keluhan kecil. Dia terdiam sejenak, memikirkan apa yang hendak dibicarakan agaknya.

" Herm....Qis, sebenarnya bukan niat aku nak masuk campur hal keluarga engkau, tapi aku rasa sebagai kawan kau dari kecik lagi, sama-sama susah senang, aku rasa aku patut ingatkan kau, Qis...dia tu Ibu kau, even just say UH or anything that you do on her, that cause her cry or sad, it is a sin. You know it right?? So aku mintak la kat kau tolong la Qis, jangan terlalu ikutkan perasaan tu, cuba kawal sikit marah kau tu. Kan Ustazah Hilmiyah pernah cakap, sesiapa yang tidak dapat mengawal kemarahannya menyebabkan syaitan gembira. Syaitan gembira kerana hasutannya berjaya." Panjang lebar Nina bercakap. Aku tau Nina, aku tau semua tu, tapi aku ego...aku merenung ke langit, matahari di ufuk timur.

" Herm...entahla Nina, cuti panjang ni la yang buat aku tak betul, kang ada je yang boleh buat aku melenting kat rumah tu. Kalau jarang-jarang balik tak apa, tak de la nak hangin sangat...tapi kalau dah berminggu-minggu macam ni, macam mana. Terlalu banyak alasan untuk menaikkan darahku dan Ibu. Akhirnya, kau pun tau dia gak yang mengalah. Tapi kadang-kadang tu dia gak yang memanjangkan pertengkaran kami." Ujarku membela. Aku tahu itu bukanlah alasan yang logik untuk Nina.

" Itu je la alasan kau dari dulu sampai sekarang, aku cakap kau terangguk-angguk macam burung belatuk...alih-alih jadi macam ni jugak..hish...kau tau tak, aku hairan betul la dengan kau, Ibu kau tu baik je..memang la Ibu kau suka berleter, memang semua perempuan yang menjadi ibu macam tu, mama aku pun selalu bising, tapi tak ada la bising tak fasal-fasal...selalunya, aku buat salah barulah kena bising. Kau pun bising juga kalau Ibu kau usik barang-barang kau kan? Itu la aku cakap, dah lumrah perempuan memang akan bising kalau ada je yang dia tak puas hati." Aku tersenyum hambar. Mataku tala ke tengah padang bola. Ya Nina, semua perempuan macam tu, tak cakap pun da dapat baca, macam kau, Bising ngan aku.

" Dah la Nina, aku dah penat nak telan apa yang kau cakap tu. Terima kasih banyak-banyak sebab membazirkan air liur kau nak bercakap semua ni dekat aku. Nanti nanti la aku fikirkan, aku balik dulu.Pergila balik, kang Mama kau berleter lagi." Aku segera beredar. Aku berlalu meninggalkan Nina sendirian. Penat...sungguh aku penat nak telan kata-katanya, semuanya adalah fakta, tiada autanya. Cuma aku saja yang tak dapat menerima kenyataan ini. Kadang-kadang aku terfikir, pernahkah aku mendiamkan diri jika dimarahi? Seingat aku setiap kali dimarahi aku akan mencari pelbagai alasan dan hujah untuk membela diriku, walaupun aku yang melakukan kesalahan. Aku tetap mencari hujah untuk membuatkan kemenangan di pihakku. Aku tidak pernah mengalah. Perasaan kesal menyelubungiku, tetapi aku tetap menafikannya.

*************************************************


" Ibu, saya pergi dulu..." aku mencapai tangannya dan bersalam. Dia memelukku..." Qistina..jaga diri baik-baik ya,..belajar betul-betul." Pesanan demi pesanan buatku sebagai pembakar semangat berjuang dimedan ilmu. Sebaik sahaja aku menjejakkan kakiki ke dalam kawasan asrama, kereta Ibu meluncur pergi. Hilang. Aku terpaku seketika disitu, merenung sesuatu yang telah hilang. Rasa marah kini berganti lega, kesal, rindu, sayang...segala-galanya bercampur baur. Kehidupan harianku di asrama berlalu dengan baik, pencapaianku disekolah turut memberansangkan, impian untuk menjadi seorang doktor terpahat disetiap zarah tubuhku. Ibu juga tahu akan cita-citaku itu, malah dialah yang menggalakkan aku supaya berusaha lebih kuat untuk mengejar cita-citaku itu. Kata Ibu, suatu masa dahulu impiannya jua sepertiku, namun hasratnya terbantut kerana keluarganya mengalami masalah kewangan, ketika itu juga datukku sakit tenat dan akhirnya kembali ke rahmatullah. Kata Ibu lagi, keluarga mereka selepas itu menjadi porak peranda kerana keluarga sebelah atuk datang menuntut harta dan keluarga ibu tidak mampu berbuat apa-apa. Sebab itu Ibu berharap aku dapat melaksanakan cita-cita yang terkubur itu.

Selepas cuti penggal lalu, aku kini semakin sibuk. Dua bulan dari sekarang, aku akan menghadapi peperiksaan besar, masa yang ada aku gunakan sebaiknya dengan menghadiri kelas tambahan setiap kali hujung minggu. Jika aku pulang ke rumah, Ibu akan menghantarku ke pusat tuisyen, jika aku diasrama aku akan berjalan kaki bersama teman-teman. Sedar tidak sedar, hanya tinggal dua hari lagi sebelum peperiksaan. Hari ini, Ibu datang, rasa macam dah lama tak jumpa Ibu, walhal baru minggu lepas aku pulang ke rumah. Kerana sibuk agaknya aku tidak selalu berada di rumah. Kata ibu, dia sentiasa mendoakan kejayaanku...aku tersenyum, namun disudut hati...aku terasa perit, aku sendiri tak mengerti. Sepanjang minggu peperiksaan berlalu, Ibu menghubungiku setiap pagi, memberi kata-kata nasihat dan semangat supaya aku tidak gementar menjawab peperiksaan.

Hampir dua minggu aku menduduki peperiksaan, aku sendiri tidak sedar akan hari yang berlalu. Hari ini ialah hari terakhir aku menduduki peperiksaan, aku rasa begitu tenang. Begitu juga dengan temanku Nina, dia berasa betul-betul yakin.

" Nina..aku tengok kau tadi bukan main confident je, ada secreto ker kakak..eheh? soalku mengusiknya. Nina mengangkat keningnya ala-ala Ziana Zain. Kemudian tersengih..." hehe...nak tau?" aku mengangguk. " adala...hehe" Nina ketawa mengekek-ngekek..aku menarik muncung.

" Zaman bila pulak kau ber’secreto’ dengan aku ni.? Aku berpura-pura merajuk. Aku berjalan mendahuluinya. Nina terkejar-kejar dibelakang. Aku tersengih. Tau takut...

" Oit...slow la sikit, penatla...tak yah la merajuk ngan aku. Dah besau pun nak merajuk macam kanak-kanak apple ker?" laung Nina dari belakang, aku mengabaikan kata-katanya, langkahku dipercepatkan lagi. Nina berlari-lari...akhirnya aku tiba dipintu pagar asrama.
" kau lambat, kena denda. Hari ni ice cream kau dapat kat aku. Sebab satu, kau tamau cerita kat aku, dua sebab kau lambat." Ujarku sambil memandang Nina yang tercungap-cungap. Dia mencebik, kemudian menggeleng.

" Takde2...kau dapat half jer, sebab aku buleh ganti cerita.." kemudian dia menarik tanganku ke bawah pondok berhampiran. Aku mengangkat kening.

" Lets start the story, eheeemmm....Good Afternoon to honourable judge, Miss Qistina Ahmad, cik Qis and Cik Qis...hehee..Hari ini mama aku telefon, dia ajak aku baca yasin dengan dia pagi tadi, pastu depan aku dia suruh buat air Yasin. Aku pun minum la air tu before gi hall tadi. Okey, sekian thank you. Kau pun apa kurangnya, aku tengok tenang jer jawab paper math tadi...seingat aku, kau la manusia yang macam kena taufan kalau exam math. Hari ni, macam nampak heaven jerr gayanya sengih sampai telinga. Pe rahsia?" bibir mungil itu mengomel.

Aku mencebik, dan menggeleng. " Mana de apa2.." yeke aku macam tu hari ni?..herm..
" Aku tau ni mesti Ibu kau kat rumah buat solat hajat, baca yasin dan doakan kau supaya dipermudahkan jawab exam tadi kan...mesti punyela...!!!Yea...kau dapat half ice cream aku jer!!!!" jerit Nina, lagaknya yakin macam berjaya menjawab soalan millionare. Aku menjuihkan mulut tanda tak tahu. Mungkin..


Ketika aku di asrama Ibu ada memberitahu bahawa dia dan beberapa orang temannya mendapat panggilan untuk menunaikan umrah dibawah tajaan seorang hamba Allah..ala, macam dalam cerita Cinta Madinah la pula...tapi apa pun baguslah...Ibu pun dah lama teringin nak menjejakkan kakinya ke Tanah Suci itu lagi, kali terakhir Ibu ke sana adalah bersama arwah Abah ketika itu umurku baru 9 tahun, kini usiaku pun telah hampir mencecah enam belas tahun. Abah menghembuskan nafas terakhirnya di sana, ibu kata ketika itu Abah tundk mencari kasutnya yang tertanggal, suasana berasak-asak menyebabkan Abah terjatuh dan dipijak-pijak oleh jemaah yang lain. Ketika itu ibu jatuh pengsan sebaik melihat jenazah Abah yang dibawa ke hospital. Bagi Ibu itulah peristiwa yang tak dapat dia lupakan sepanjang hayatnya, begitu juga dengan aku. Namun, bila difikirkan kembali, alangkah bertuahnya seseorang dapat menghabiskan hayatnya di Tanah Suci. Pernah aku terdengar Ibu memberitahu Mak Lang yang dia pun teringin hendak menghabiskan hayatnya di sana. Aku terdengar Mak Lang memarahi Ibu kerana bercakap sedemikian rupa, Ibu ketawa. Aku terfikir, kalau Ibu pergi kesana dan keinginannya dimakbulkan Allah, dan tika dan saat itu aku belum memohon kemaafan daripada Ibu, berdosalah aku seumur hidup. Aku menangis, Mak Lang ternampak aku menangis...aku melarang Mak Lang memberitahu Ibu tentang hal ini.

Minggu terakhir aku di sekolah, Ibu pula sibuk menyediakan barang-barang yang akan dibawanya ke sana. Nina yang mengetahui tentang itu menasihatkan aku agar memohon kemaafan daripasa Ibu sebelum dia berangkat ke Tanah Suci. Kata-kata Nina merisaukan aku.
" apa maksud kau Nina...kau jangan cakap bende pelik2 ni, aku tak suka ar..." aku bersuara keras.
" aku cakap benda yang betul, aku taknak kau menyesal kemudian hari." kata2 Nina bermain difikiranku.

Hari ini Ibu akan berangkat ke Tanah Suci, sanak saudara jemaah yang lain telah lama memenuhi ruang berlepas di lapangan terbang, aku ditemani oleh kaum keluargaku serta Nina menghantar Ibu, sebelum Ibu berlepas dia berpesan agar menjaga diriku sebaik mungkin walau apa pun yang terjadi. Terdetik dihatiku ingin memohon kemaafan daripada Ibu, namun aku segan. Aku hanya mampu mengucapkannya di dalam hati, mujurlah aku melakukan seperti apa yang dilakukan oleh Nina tempoh hari. Aku menyerahkan sekeping surat buat Ibu, Ibu tersenyum dan kelihatan ingin berkata sesuatu, tetapi panggilan terakhir telah membatalkan hasrat Ibu, dia berjanji akan mengutuskan surat.

Sudah hampir dua minggu Ibu pergi, hatiku resah kerana tiada lagi surat daripada Ibu. Mujurlah semalam Ibu menghubungiku, aku sedikit lea mendengar suaranya yang ceria. Ibu menceritakan bahawa dia gembira disana, petang nanti katanya dia akan lalu di tempat dimana Abah terjatuh, aku meminta agar dia kuat menghadapinya. Dia mengucapkan terima kasih dan mendoakan aku berjaya mencapai cita-citaku. Keesokannya aku ke rumah nenek menyampaikan salam Ibu buat semua. Nenek begitu gembira kerana Ibu akan pulang tidak lama lagi. Aku turut gembira. Gembira? Benarkah gembira? Entah la...

Sejak akhir akhir ini aku selalu bermimpi Ibu pulang kerumah berpakaian serba putih, wajahnya tenang, akhirnya hilang. Aku menceritakan kepada nenek, nenek cakap itu hanya mainan tidur.

Hari ini, sekeping poskad tiba dirumahku, aku tahu semestinya daripada Ibu. Sebaik membaca poskad itu, hatiku diruntun pilu.

" Assalamualaikum,
Anak ibu apa khabar? Ibu disini alhamdulillah sihat. Ibu harap anak ibu pun macam sama. Tak lama lagi ibu dah nak balik, rasa sayang nak tinggalkan tempat ni, tapi ibu lagi sayang nak tinggal anak ibu lama-lama...

Ibu sebenarnya dah lama maafkan Tina, ibu tak pernah simpan dendam dengan Tina. Tina lah satu-satunya harta ibu yang ada kat dunia ni, Tina pengubat rindu ibu terhadap Abah. Ibu harap Tina juga dah maafkan Ibu, Ibu tahu...Tina segan nak cakap dengan ibu Tina nak minta maafkan? Tak apa la...Ibu faham anak Ibu macam mana...

Baiklah ibu tak boleh nak tulis panjang-pangjang, dah lewat sangat. Nanti masa Ibu balik, Ibu harap Tina akan sambut Ibu dengan senyuman manis Tian yang dah lama Ibu tak tengok tu. Sekian...salam sayang..

Ibu...

Kolam mataku bergenang, aku berjanji akan menjadi anak yang baik selepas ini.

****************************************************

Malam itu, sebelum berlepas ke Malaysia Ibu sekali lagi menghubungiku. Daripadanya riak suaranya yang ceria menandakan dia begitu tidak sabar untuk pulang bertemu denganku. Malam itu, aku mendapat kekuatan untuk memohon maaf daripada Ibu, aku terdengar suara Ibu sebak, aku terdiam. Ibu menyampaikan sesuatu tetapi aaku tidak dapat mendengarnya dengan jelas dan akhirnya panggilan terputus. Mungkin kredit Ibu dah habis ni...pujuk diriku. Aku menepis segala perkara buruk yang bermain difikiranku, aku resah menanti esok. Waktu aku rasakan bergerak terlalu lambat. Hujan lebat beserta guruh menambahkan kegusaran dalam hatiku. Aku tidak dapat melelapkan mata walau seketika, aku mendengar radio...jam menunjukkan pukul 11 malam, pembaca berita sedang menyampaikan berita... " ....cuaca malam ini dijangka berlarutan sehingga esok, semua penerbangan ditangguhkan keesokan harinya..." Aku terkebil-kebil...tangguh..??bukanke flight ibu dah berlepas?...apa pulak ni...Akhirnya aku terlelap setelah penat memikirkan berita yang mendukakan itu. Aku terbangun sebaik mendengar azan subuh berkumandang. Pagi itu aku mengemas rumah dengan sikapku, first time melakukan kerja rumah tanpa rasa terpaksa. Sebaik jam menunjukkan pukul 8 pagi aku bergegas ke rumah nenek.

Setibanya dirumah nenek, kami menuggu ketibaaan ahli keluarga yang lain untuk ke lapangan terbang, dalam keriuhan menanti semua orang, telefon rumah nenek berdering, Pak Long yang mengangkatnya, mataku tertancap kearah Pak Long, wajahnya tenang. Aku mula resah, Pak Long memandang aku sebaik dia meletakkan ganggang, " Kak Yang, sabar ya...kejap lagi Ibu sampai" aku mengerutkan dahi,
"kenapa Ibu sampai? Bukan ke kita nak pergi ambik Ibu?" soalku bertalu kepada Pak Long, aku mula meracau, nenek datang memelukku. " Kak Yang..sabar...Ibu dah tak ada..." Apa....Ibu....tipu....aku meraung...Nina yang baru tiba berlari ke arahku..aku nampak Nina dalam samar..akhirnya gelap...

Baru semalam aku berbicara dengan Ibu, baru semalam aku mendengar Ibu menangis, semalam juga aku mendengar suara Ibu ketawa. Sebaik sedar...Bapa-bapa saudaraku telah ke hospital untuk mengambil jenazah Ibu. Berita tentang nahas kapal terbang itu kini tersiar di televisyen, aku melihat bagaimana mereka menyelamatkan mangsa-mangsa nahas, mereka menyiarkan nama penumpang yang maut, dan nama Ibu turut tersenarai. Air mataku mengalir, tidak menduga sebegini aku menyambut kepulangan Ibu. Aku gagahkan diri untuk tersenyum menyambut kepulangan IBU...ibu maafkan Tina...belum sempat Tina pohon maaf dari ibu sendiri, belum sempat Tina hadiahkan senyuman terindah buat Ibu, kenapa Ibu dah pergi...Ibu...!!!!hatiku tersangatla pilu, pilu kerana belum sempat melutut memohon kemaafan daripadanya kini dia telah tiada. Ya Allah KAU cucurilah rahmatMu ke atas roh Ibuku, KAU kuatkan semangat aku mengharungi hidup ini tanpanya disisiku lagi, Amin...

Monday, May 4, 2009

Kisah Rumput

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita SAYANG?. Macam mana juga kasih SAYANG itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke?. Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah
rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang
berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung
padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita SAYANG, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik- baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita SAYANG itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika
perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka SAYANGilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

p/s** kasih DAN sayang dinilai sejauh mana kejujuran dan keikhlasan dalam
menjalin perhubungan. Tapi adakah kasih DAN sayang itu dihargai andai hanya
wujud kasih ATAU sayang semata-mata?

Saturday, May 2, 2009

Hakikat Penyakit Riak

Assalamualaikum w.b.t
Firman Allah dalam surah al-Ma’un ayat 4-6
Maksudnya: Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak.
Ramai dikalangan kita pernah mendengar perkataan riak ini, tetapi tidak ramai yang sedar bahawa penyakit ini telah wujud dalam diri tanpa disedari dan tidak tahu bagaimana ianya muncul dan seterusnya merebak. Di sini kami akan merungkaikan apakah itu penyakit riak, bagaimana kehadirannya dan bagaimana mengatasinya. Semoga dengan rungkaian ini anda dapat mengambil iktibar dan cuba mengenalpasti adakah riak itu pernah ada dalam diri anda dan ikuti panduan yang kami berikan untuk membuang terus ataupun mengurangkan sedikit penyakit yang merosakkan hati anda tersebut.
Pengertian riak
Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.
Perkara yang diriakkan oleh manusia;
1- Riak dari segi badan
Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.
2- Riak pada pakaian
Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.
3- Riak dengan perkataan.
Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata- kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.
4- Riak pada amalan
Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.
5- Riak dengan ramainya murid dan pengikut.
Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.
Peringkat Riak
1- Riak AkbarRiak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.
2- Riak AsgharRiak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.
3- Riak Jali ( yang terang )Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.
4- Riak Khafi ( yang tersembunyi )Riak ini pula ialah riak yang tesembunyi dan ianya tersembunyi dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.
Bagaimana mengelakkan sifat riak?
Rawatan terbaik bagi segala penyakit di muka bumi ini adalah menghindari dengan menjauhi sebab-sebabdan punca terjadinya penyakit. Begitu jugalah kepada penyakit riak ini, iaitu menjauhi sebab-sebab yangboleh membawa kepada perasaan itu, antaranya ialah;1- Sifat suka dipuji oleh orang lain. Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjukkelebihan kepada orang lain.2- Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain. Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujurdan suka berpura-pura.3- Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian. Seseorang itu melakukan segala pekerjaanadalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.
Setelah mengetahui sebab-sebab yang menjadi punca riak, mari kita lihat bagaimanakah cara untuk menghindarinya. Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;1- Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.2- Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan tabiat ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak.3- Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.4- Menanamkan dalam diri perasaan bahawa melakukan sesuatu itu kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu adalah suatu perkara yang buruk dan patut dijauhkan.5- Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah.6- Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan.
Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baikdan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak. Adakalanya terdapat jugaorang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapatperhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana diasememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun untuk melakukan satu-satu ibadat padapermulaannya memang akan timbul perasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itusering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapussedikit demi sedikit.
Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dansebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorongdan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi jangan biarkan perasaanriak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan makaamalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka. Wallahua’lam

Friday, May 1, 2009

Selamat Bercuti....

SELAMAT HARI PEKERJA...