Adalah dimaklumkan bahawa Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan cawangan Kuala Lumpur akan menganjurkan satu rombongan penyokong Kelantan ke Kangar, Perlis sempena perlawanan TM Liga Super 2009. Butir-butirannya adalah seperti berikut :
Perlawanan : Perlis lwn Kelantan
Tarikh : 16hb Mei 2009
Hari : Sabtu
Masa bertolak : 8.00 pagi
Tempat bertolak : Stadium Hoki Bukit Jalil
Bayaran : RM70 (termasuk tiket perlawanan)
Tarikh tutup penyertaan : Sebelum atau pada 10hb Mei 2009
Sehubungan dengan itu, mana-mana ahli Kelate.Net mahupun peminat bola sepak Kelantan yang berada di Lembah Klang berhajat menyertai rombongan ini bolehlah berhubung terus kepada saudara Marhasyim Mat (019- 2285521) atau saudara Mazram (017-9379585). Ahli yang berminat bolehlah membuat bayaran dengan BANK-IN kepada akaun Maybank saya : 114123622486 (Mazram Idzam Ridzal Mahmud).
Siapa cepat dia dapat pergi. Sekian, harap maklum.
No comments:
Post a Comment